Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana masih di beri peluang untuk menjalani ibadah puasa untuk tahun ini walaupun masih tidak apsti adakah akan sampai ke akhir ramadhan nanti. Bersempena dengan bulan yang penuh dengan barakah ini, Panitia Pend. Islam telah merancang beberapa aktiviti yang akan di laksanakan dan yg telah dilaksanakan( tadarus al-Quran) sebelum hari pelancarannya esok ( Jumaat - 5 Ogos bersamaan 5 Ramadhan ).
Antara pengisian program ihya' tahun ini adalah :-
* Memperdengarkan bacaan Al-Quran / zikir / dan irama nasyid ( setiap hari )
* Tazkirah Ramadhan ( setiap hari )
* Tadarus Al-Quran ( setiap hari - 10 minit waktu p&p)
* Bacaan Yassin ( hari Jumaat )
* Kuiz Ramadhan
* Pertandingan Azan
* Tulisan Jawi Cantik
* Ejaan jawi
* Ceramah
* Kutipan derma / galakan bersedekah untuk tabung Palestin
* Majlis Khatan Quran & Ambang Aidilfitri 1432
* Sumbangan pakaian / buku terpakai untuk murid orang asli di Hulu Selangor
Semoga dengan program dan pengisian sepanjang Ramadhan tahun ini , hidup kita akan lebih tenang , sempurna dan mendapat rahmat dari-Nya.Amin
No comments:
Post a Comment