insan terpilih

Sunday, August 14, 2011

Menderma sambil beramal... TABUNG AMAN PALESTIN








Mari..mari...sama-sama kita menderma akan saudara seagama kita di Palestin..

Kita makan sedap...cukup pakai...pergi bercuti lagi...MEREKA???

Lawatan Pegawai Pejabat Pelajaran Putrajaya

Tarikh : 12 Ogos 2011 - Hari : Jumaat

Aktiviti : Lawatan Pegawai Pejabat Pelajaran Putrajaya

( Ustazah Hanan Bt Hamzah )

Alhamdulillah...dengan izin dan rahmat dari-Nya , Ustazah Hanan telah datang ke sekolah untuk memantau fail dan bilik j-Qaf SKPP 8(1). Secara umumnya.....hasil dapatan dari pemantauan tersebut berjalan dengan lancar namun terdapat juga penambah baikan yang perlu dilakukan untuk masa akan datang.





Terima kasih kepada Ustazah Hanan atas segala teguran dan nasihat. Insyaallah kami akan memperbaikinya untuk kebaikan pada masa hadapan. Sekalung penghargaan untuk rakan-rakan Panitia Pendidikan Islam atas kerjasama kalian semua.



Tuesday, August 9, 2011

PELANCARAN IHYA' RAMDHAN DAN CERAMAH AMAN PALESTIN

Tarikh ; 5 Ogos 2011 - 5 Ramadhan 1432

Hari : Jumaat

Lokasi : Dataran Perhimpunan

Aktiviti : Pelancaran Program Ihya' Ramadhan & Ceramah Aman Palestin.





Alhamdulillah....mungkin agak terlewat entry kali ini lantaran kengkangan masa. Jumaat lepas panitia telah mengadakan melancarkan program Ihya' Ramadhan yang disempurnakan oleh En Sayran bin Marzuki selaku Guru Pen. Kanan Ko-Kurikulum .



Di samping itu juga , panitia telah menganjurkan satu ceramah Aman Palestin yang telah di sampaikan oleh Encik Salman wakil dari yayasan aman palestin. Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari ceramah tersebut. Bersyukurlah kita kerana dilahirkan dibumi yang aman tanpa peperangan seperti dibumi Palestin sana.


















Monday, August 8, 2011

Kelebihan Bersedekah

Tarikh : 9 Ogos 2011
Tajuk : Kelebihan Bersedekah
Oleh : Ustazah Nurhuda Hj Abdullah


Tazkirah kita hari ini ialah tentang kelebihan bersedekah. Umat islam di galakkan untuk bersedekah terutamanya kepada mereka-mereka yang susah dan tidak mempunyai duit belanja. Kita juga boleh bersedekah dengan cara menyumbangkan juadah berbuka puasa di surau @ masjid. Banyak kelebihannya....antaranya adalah Allah akan menambahkan rezeki untuk kita samada dari segi harta, kesihatan ataupun ilmu kita. Malah , nabi Muhammad juga amat menggalakkan kita bersedekah biarpun dengan hanya sebiji kurma.Ingatlah semua.....di bulan yang mulia ini setiap amalan kita Allah akan gandakan pahalanya berlipat kali ganda.

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1

Hari : Jumaat

Tarikh : 29 Julai 2011

Aktiviti : Kem Bestari Solat Tahap 1

Fasilitator : Guru kelas & guru matapelajaran kelas tersebut.


Kem bermula dari jam 7.45 - 12.15 dan ianya berjalan dengan lancar. Semua guru yang masuk ke dalam kelas bertanggungjawab memantau dan mencatat rekod bacaan solat murid. Alhamdulillah....semua guru telah memberikan kerjasama dan komitmen yang begitu jitu sekali dalam menjayakan program ini. Semoga segala ibadah yang kita lakukan hari ini akan menjadi saham kita di akhirat nanti. Insyaallah.











Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Pagi - Khamis ( 5 Ramadhan 1432H )



Tajuk : 4 golongan yang dirindui oleh syurga
Oleh : Ustazah Siti Mashitah Ahmad

4 golongan yang paling dirindui oleh syurga ialah :-

:-) Orang yang ikhlas berpuasa semata-mata kerana Allah.
( Tiada paksaan dari sesiapa samada ibu atau ayah @ kerana mengikut-ikut saja)
:-) Orang yang rajin dan banyak mengaji dan mengamalkannya dalam kehidupan.
( bukan setakat mengaji,tapi sekurang-kurangnya memahami apa yang dibaca )
:-) Orang yang memberi makan kepada orang yang lapar iaitu berpuasa.
( kalau tolong mak sediakan juadah berbuka untuk keluarga pun boleh )
:-) Orang yang menjaga lidahnya.
( so....jgn la cakap perkara yang x berfaedah , yang boleh menyakitkan hati dan
telinga yang mendengar , membanggakan diri sendiri , dsbnya...)

Jadi...marilah kita sama-sama muhasabah diri adakah kita ingin jadi manusia yang dirindui oleh syurga??? renung2 dan fikir2kanlah

Ihya' Ramadhan 2011 ( Peringkat Sekolah )

Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana masih di beri peluang untuk menjalani ibadah puasa untuk tahun ini walaupun masih tidak apsti adakah akan sampai ke akhir ramadhan nanti. Bersempena dengan bulan yang penuh dengan barakah ini, Panitia Pend. Islam telah merancang beberapa aktiviti yang akan di laksanakan dan yg telah dilaksanakan( tadarus al-Quran) sebelum hari pelancarannya esok ( Jumaat - 5 Ogos bersamaan 5 Ramadhan ).

Antara pengisian program ihya' tahun ini adalah :-

* Memperdengarkan bacaan Al-Quran / zikir / dan irama nasyid ( setiap hari )
* Tazkirah Ramadhan ( setiap hari )
* Tadarus Al-Quran ( setiap hari - 10 minit waktu p&p)
* Bacaan Yassin ( hari Jumaat )
* Kuiz Ramadhan
* Pertandingan Azan
* Tulisan Jawi Cantik
* Ejaan jawi
* Ceramah
* Kutipan derma / galakan bersedekah untuk tabung Palestin
* Majlis Khatan Quran & Ambang Aidilfitri 1432
* Sumbangan pakaian / buku terpakai untuk murid orang asli di Hulu Selangor

Semoga dengan program dan pengisian sepanjang Ramadhan tahun ini , hidup kita akan lebih tenang , sempurna dan mendapat rahmat dari-Nya.Amin